Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Tenis: Serena didenda $23,400 selepas 'mengamuk' di final Terbuka AS

Serena Williams didenda AS$17,000(S$23,400) oleh Persatuan Tenis Amerika Syarikat (AS) selepas beliau mengamuk di perlawanan akhir kejohanan tenis Grand Slam Terbuka AS, di mana beliau kalah di tangan Naomi Osaka dari Jepun.

Anggaran Waktu Membaca:
Tenis: Serena didenda $23,400 selepas 'mengamuk' di final Terbuka AS

Pemain tenis Serena Williams menuduh umpire Carlos Ramos sebagai 'pencuri' (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 10 Sep 2018 11:10AM Dikemas Kini : 10 Sep 2018 11:14AM

NEW YORK: Serena Williams didenda AS$17,000(S$23,400) oleh Persatuan Tenis Amerika Syarikat (AS) selepas beliau mengamuk di perlawanan akhir kejohanan tenis Grand Slam Terbuka AS, di mana beliau kalah di tangan Naomi Osaka dari Jepun.

Bintang Amerika Syarikat itu didenda akibat kesalahan melanggar tiga kod peraturan yang mana beliau didenda AS$4,000 (S$5,500) untuk amaran berkomunikasi dengan jurulatih, AS$3,000(S$4,100) bagi tindakannya menghancurkan raket, dan lagi AS$10,000(S$13,800) bagi kesalahan keganasan lisan apabila beliau menuduh umpire Carlos Ramos sebagai "pencuri" semasa perlawanan pada Sabtu.

Serena didakwa berkomunikasi dengan jurulatihnya sewaktu permainan dan itu menyebabkan Ramos memberikan amaran.

Amaran itu bagaimanapun menyebabkan Serena berang dan berlakunya perang mulut di antara kedua-duanya sebelum Serena melemparkan kata-kata kesat selain menuduh Ramos pencuri.

Kejadian itu membuatkan Serena terlepas gelaran Grand Slam ke-24 sekali gus gagal menyaingi rekod Margaret Court dan memberikan kemenangan pertama kepada pemain Jepun, Naomi Osaka.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan