Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Tenis: S'pura jadi tuan rumah pertandingan ATP 250 pertama bulan depan

Singapura akan menjadi tuan rumah pertandingan tenis ATP 250 pada bulan depan, di bawah peraturan dan protokol perjalanan COVID-19 ketat bagi para pemain dan pegawai, menurut Sport Singapore (SportSG) pada Rabu (20 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Tenis: S'pura jadi tuan rumah pertandingan ATP 250 pertama bulan depan

(Gambar: Singapore Sports Hub)

Diterbitkan : 21 Jan 2021 11:52AM Dikemas Kini : 21 Jan 2021 11:54AM

SINGAPURA: Singapura akan menjadi tuan rumah pertandingan tenis ATP 250 pada bulan depan, di bawah peraturan dan protokol perjalanan COVID-19 ketat bagi para pemain dan pegawai, menurut Sport Singapore (SportSG) pada Rabu (20 Jan).

Ini selepas ATP, badan pentadbir tenis profesional lelaki menganugerahkan lesen setahun bagi musim 2021 kepada Singapura dan Marbella di Sepanyol.

Dua acara baru ATP 250 di Singapura dan Sepanyol adalah sebahagian daripada langkah untuk meningkatkan peluang permainan acara sukan yang terjejas oleh pandemik COVID-19, menurut ATP dalam satu kenyataan berasingan.

Pertandingan di Singapura akan diadakan di gelanggang keras dan dijadual berlangsung di Hab Sukan Singapura antara 20 Feb dengan 28 Feb.

Dalam satu kenyataan media, SportSG menyatakan perlawanan itu akan membawa "aksi sukan tenis peringkat dunia ke Singapura".

"Dengan lebih daripada 60 perlawanan ATP lazimnya berlangsung dalam satu musim, kategori perlawanan ATP 250 membentuk tulang belakang ATP Tour," menurut SportSG.

SportSG menyatakan ia akan bekerjasama dengan Persatuan Tenis Singapura dan Hab Sukan Singapura bagi memastikan peraturan pengurusan selamat COVID-19 dilaksanakan dengan ketat di tempat perlawanan dan bahawa protokol perjalanan bagi para pemain dan pegawai mematuhi peraturan sedia ada yang ditetapkan pemerintah.

"Usaha bersama ini adalah aspek penting dalam membolehkan acara sukan antarabangsa diadakan semula di Singapura secara berperingkat sepanjang 2021," menurut SportSG.

SportSG menyatakan butiran lanjut perlawanan termasuk barisan pemain, jadual, protokol COVID-19 dan butiran tiket akan diumumkan pada satu tarikh kelak.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan