Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Tenis: Naomi Osaka pemain pertama Asia ungguli ranking dunia

Naomi Osaka dari Jepun, muncul sebagai pemain tenis pertama Asia menduduki ranking nombor satu dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
Tenis: Naomi Osaka pemain pertama Asia ungguli ranking dunia

Naomi Osaka pemain tenis wanita pertama menang dua kejuaraan Grand Slam. (Gambar: Jewel Samad/AFP)

Diterbitkan : 27 Jan 2019 04:35PM Dikemas Kini : 27 Jan 2019 04:38PM

MELBOURNE: Naomi Osaka dari Jepun, muncul sebagai pemain tenis pertama Asia menduduki ranking nombor satu dunia.

Ini selepas beliau mengalahkan pemain Czechoslovakia, Petra Kvitova dalam peringkat akhir Kejohanan Terbuka Australia dengan tiga set di Melbourne.

Osaka, 21 tahun, yang juga juara kejohanan Amerika, menghadapi saingan sengit daripada Kvitova yang beraksi kali pertama dalam peringkat akhir Grand Slam.

Osaka menang set pertama tetapi Kvitova bangkit pada set kedua dengan 7-5.

Osaka tidak patah semangat dan menamatkan set penentu dengan 6-4 untuk muncul sebagai pemain nombor satu dunia paling muda sejak 2010.

Beliau juga pemain tenis wanita pertama yang memenangi dua kejuaraan Grand Slam berturut-turut sejak 2001. 

Sumber : AFP/MM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan