Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Tenis: Djokovic raih trofi Terbuka AS kali ketiga

Novak Djokovic menjulang trofi Terbuka Amerika Syarikat (AS) buat kali ketiga, selepas menang ke atas Juan Martin del Potro, 6-3, 7-6 (7/4), 6-3 dalam aksi perlawanan akhir pada Ahad (9 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Tenis: Djokovic raih trofi Terbuka AS kali ketiga

Novak Djokovic (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 10 Sep 2018 11:31AM Dikemas Kini : 10 Sep 2018 11:35AM

NEW YORK: Novak Djokovic menjulang trofi Terbuka Amerika Syarikat (AS) buat kali ketiga, selepas menang ke atas Juan Martin del Potro, 6-3, 7-6 (7/4), 6-3 dalam aksi perlawanan akhir pada Ahad (9 Sep).

Kejayaan itu membolehkan Djokovic, 31, menyamakan kedudukan dengan Pete Sampras yang meraih 14 gelaran Grand Slam.

Djokovic, yang beraksi dalam lapan final di New York dan muncul juara pada edisi 2011 dan 2015, kini ketinggalan tiga gelaran Grand Slam di belakang Rafael Nadal serta enam di belakang Roger Federer yang memegang rekod 20 gelaran.

Kejayaan itu juga adalah yang ketiga buat pemain berusia 31 tahun ini melengkapkan gelaran berganda - Wimbledon dan Terbuka AS, selepas tidak beraksi pada tahun lalu akibat kecederaan siku.

Bagi pemain nombor tiga dunia, Del Potro, - kekalahan itu cukup perit selepas berjaya melangkah ke peringkat akhir Grand Slam buat kali kedua, sembilan tahun tahun selepas menjuarai Terbuka AS.

Kemenangan itu membolehkan Djokovic melebarkan jurang rekod ke atas Del Potro dengan 15 kemenangan sepanjang kerjayanya dan lima kali di Grand Slam.

Kejayaan itu juga menyaksikan, 50 daripada 55 gelaran utama dimenangi oleh kelompok 'Big Four' - Federer, Nadal, Djokovic serta Andy Murray. 

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan