Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Tenis: Daniil Medvedev tewaskan pemain nombor satu dunia Novak Djokovic

Pemain Rusia Daniil Medvedev mencatat kemenangan mengejutkan selepas mengalahkan pemain nombor satu dunia Novak Djokovic. 

Anggaran Waktu Membaca:
Tenis: Daniil Medvedev tewaskan pemain nombor satu dunia Novak Djokovic

Daniil Medvedev tewaskan Novak Djokovic. (Gambar: Valery Hache/AFP)

Diterbitkan : 20 Apr 2019 05:17PM Dikemas Kini : 20 Apr 2019 05:21PM

MONTE CARLO: Pemain Rusia Daniil Medvedev mencatat kemenangan mengejutkan selepas mengalahkan pemain nombor satu dunia Novak Djokovic.

Medvedev, 23 tahun, memenangi set pertama tetapi tewas kepada Djokovic dalam set kedua.

Bagaimanapun, Medvedev berjaya mengakhiri perlawanan itu dengan keputusan 6-3, 4-6 dan 6-2 dalam tempoh dua jam dan 20 minit.

Beliau akan menentang seorang lagi pemain dari Serbia, Dusan Lajovic, dalam peringkat separuh akhir nanti.

Selain itu, juara 11 kali, Rafael Nadal juga melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.

Pemain Sepanyol itu mencatat kemenangan ke atas Guido Pella dengan keputusan 7-6 dan 6-3. 

Sumber : AFP/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan