Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Temasya Sukan SEA 2019 penuh warna warni, dilancarkan Presiden Filipina Rodrigo Duterte

Temasya Sukan SEA 2019 bermula secara rasmi dengan majlis pembukaan yang sedang berlangsung sekarang, dan disaksikan oleh 55,000 penonton termasuklah para tetamu terhormat.

Anggaran Waktu Membaca:
Temasya Sukan SEA 2019 penuh warna warni, dilancarkan Presiden Filipina Rodrigo Duterte
Diterbitkan : 30 Nov 2019 08:44PM Dikemas Kini : 30 Nov 2019 08:52PM

MANILA: Temasya Sukan SEA 2019 bermula secara rasmi dengan majlis pembukaan yang sedang berlangsung sekarang, dan disaksikan oleh 55,000 penonton termasuklah para tetamu terhormat.

Keadaan di sekitar kawasan itu sudah mula sesak seawal jam 3.00 petang lagi dan kawalan keselamatan sudah diperketat dengan lebih 27,000 pegawai polis dikerah ke semua lokasi Sukan SEA di sini.

Dengan tema “Win As One”, persembahan pada malam ini memaparkan betapa sukan itu sudah mendarah daging di Filipina sejak dulu lagi menerusi pertunjukan sukan dan budaya tradisionalnya.

Kemuncak acara malam ini adalah penyalaan kawah obor Sukan SEA ke-30 oleh jaguh tinju negara Manny Pacquio dan Nesthy Petecio. Inilah antara kejutan pada malam ini, tentang bagaimana ia dilakukan serentak dan disaksikan para penonton di situ kerana kawah obor itu terletak di New Clark City iaitu kira-kira 3 jam perjalanan dari sini.

Ini juga antara sebab mengapa keseluruhan kontinjen negara sewaktu perakan atlit tidak dapat dilihat kerana Sukan SEA kali ini dipecahkan kepada tiga daerah berbeza iaitu Metro Manila, Subic dan Clark. Ini merupakan kali keempat Filipina menjadi tuan rumah dan edisi ke 30 ini merupakan yang terbesar pernah dianjurkan dari segi jumlah jenis sukan yang dipertandingkan.

Singapura diwakili 647 atlit iaitu delegasi terbesar bagi temasya sukan di luar negara. Dalam wawancara bersama Chef de Mission negara, Juliana Seow, beliau berkata harapannya semua atlit negara dapat lakukan yang terbaik dan para pegawai akan pastikan kebajikan mereka terpelihara.

Majlis pembukaan temasya kali ini penuh warna warni sekali dengan kehadiran Presiden Filipina Rodrigo Duterte.

Beberapa hari lalu, Presiden Duterte memohon maaf atas huru-hara yang mencemari temasya tersebut.

Edisi Sukan SEA ke-30 ini pada awalnya berdepan dengan beberapa aduan berhubung pengangkutan, penginapan serta makanan sedang ribuan atlit membanjiri Filipina untuk temasya kali ini.

Sumber : CNA/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan