Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Teknologi VAR akan digunakan di Piala Dunia Rusia

Kejohanan bola sepak Piala Dunia di Rusia akan bermula dalam masa kurang dua bulan lagi.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Apr 2018 09:57PM Dikemas Kini : 19 Apr 2018 10:01PM

RUSIA: Kejohanan bola sepak Piala Dunia di Rusia akan bermula dalam masa kurang dua bulan lagi.

Para peminat sukan itu mempunyai satu lagi peluang untuk membeli tiket-tiketnya.

Penjualan tiket tahap terakhirnya bermula hari ini (19 Apr) hingga 15 Julai.

Jurulatih terkenal, Pierluigi Collina berkata bahawa teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) akan digunakan untuk membantu para pengadil dalam Piala Dunia di Rusia.

Beliau menekankan bahawa teknologi video ulang tayang itu digunakan bagi "mengelakkan kesilapan besar" dalam sesuatu keputusan pengadil, bukan untuk menjadi "pengganti pengadil."

VAR digunakan dalam pertandingan Serie A di Itali dan Bundesliga di Jerman.

Namun penggunaannya dibidas hebat di kedua-dua negara itu, antara lain kerana menyebabkan perlawanan terganggu agak lama.

Sumber : Reuters/AA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan