Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Teknologi baru TV benarkan peminat tonton perlawanan bola sepak dari 'tengah padang'

Para peminat Liverpool dan Manchester City dijangka dapat menonton perlawanan merebut piala Liga Perdana England musim ini "dari tengah padang". Malah mereka mungkin dapat menontonnya dari sudut pandangan Sergio Aguero atau Mohamed Salah, hasil inovasi siaran terbaru.

Anggaran Waktu Membaca:
Teknologi baru TV benarkan peminat tonton perlawanan bola sepak dari 'tengah padang'

Perlawanan antara Liverpool dan Man City di Stadium Etihad (Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 07 Feb 2019 07:42PM Dikemas Kini : 07 Feb 2019 07:46PM

LONDON: Para peminat Liverpool dan Manchester City dijangka dapat menonton perlawanan merebut piala Liga Perdana England musim ini "dari tengah padang". Malah mereka mungkin dapat menontonnya dari sudut pandangan Sergio Aguero atau Mohamed Salah, hasil inovasi siaran terbaru.

Syarikat gergasi teknologi Intel bekerjasama City, Liverpool dan Arsenal untuk memperkenalkan sistem canggih True View di stadium Etihad, Andfield dan Emirates.

True View membolehkan babak-babak penting perlawanan diulang siar dari sudut 360 darjah.

Teknologi itu juga membenarkan penonton mengalami jaringan gol dan rebutan bola dari sudut pandangan pemain di padang.

Ini dilakukan dengan menggunakan 38 kamera 5K Ultra definisi tinggi yang mengumpul data yang banyak yang kemudian diproses oleh server Intel untuk menghasilkan ulang tayang 3D dari setiap sudut.


Pelaburan teknologi dalam bidang sukan pada 2018 mencecah AS$1 bilion (S$1.35 bilion). Kebanyakan pelaburan disalurkan untuk memenuhi permintaan bagi kandungan untuk wadah tradisional TV dan media sosial.

Menurut naib presiden dan pengurus besar Intel Sports James Carwana, True View adalah satu pengalaman baru buat peminat Liga Perdana England berbanding menonton menerusi penyiar utama atau laman-laman kelab.

"Pengalaman media yang imersif terus mereka peluang bagi pasukan dan liga sukan untuk mengutamakan pengalaman peminat mereka," kata Encik Carwana semasa pelancaran di London.

Hanya tiga kelab Liga Perdana menyertai Intel sejauh ini, dan True View dijangka dilaksanakan lewat tahun ini.

Enam kelab La Liga sudah memasang sistem itu.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan