Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Team Singapore siap sertai Sukan SEA, Sukan Para ASEAN, Sukan Olimpik Belia Musim Sejuk

Persiapan pasukan Singapura untuk tiga kejohanan sukan besar yang akan datang semakin hangat.  

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Nov 2019 09:14PM Dikemas Kini : 09 Nov 2019 09:28PM

SINGAPURA: Persiapan pasukan Singapura untuk tiga kejohanan sukan besar yang akan datang semakin hangat.

Upacara rasmi penyampaian bendera kepada pasukan-pasukan negara ke Sukan SEA, Sukan Para ASEAN dan Sukan Olimpik Belia Musim Sejuk berlangsung di Hab Tampines Kita hari ini (9 Nov).

Para atlit dan pegawai kontinjen-kontinjen Team Singapore menyuarakan azam mereka untuk membanggakan negara.

Kontingen Singapura ke Sukan SEA tahun ini adalah yang terbesar. 666 atlit negara akan bersaing dalam kejohanan serantau di Filipina itu yang bermula akhir bulan ini.

Pada Januari depan pula, 61 atlit akan bertanding di Sukan Para ASEAN.

Pada bulan yang sama, dua atlit negara akan bertanding di Switzerland di mana Team Singapore membuat kemunculan sulung di Sukan Olimpik Belia Musim Sejuk.

Acara itu juga mengiktiraf perenang Tao Li dan pesilat Muhammad Shakir Juanda ke dalam 'Hall of Fame' atau dewan kemasyhuran. 

Sumber : CNA/HK/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan