Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Team Singapore bakal hantar kontinjen terbesar Sukan SEA

Team Singapore akan menghantar kontinjen terbesarnya ke Sukan SEA tahun ini, dengan 585 atlit mengambil bahagian dalam 49 jenis sukan, umum Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) pada Khamis (1 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Team Singapore bakal hantar kontinjen terbesar Sukan SEA

Perenang negara, Joseph Schooling. (Gambar fail: Sport Singapore)

Diterbitkan : 02 Aug 2019 08:43AM Dikemas Kini : 02 Aug 2019 10:50AM

SINGAPURA: Team Singapore akan menghantar kontinjen terbesarnya ke Sukan SEA tahun ini, dengan 585 atlit mengambil bahagian dalam 49 jenis sukan, umum Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) pada Khamis (1 Ogos).

Nama-nama atlit, yang dicalonkan oleh Perstauan-Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA), ditentukan oleh jawatankuasa pemilihan SNOC semasa sidang yang dipengerusi presidennya Tan Chuan-Jin.

Sukan SEA tahun ini akan berlangsung di Filipina di bandar-bandar Clark, Manila dan Subic dari 30 Nov hingga 11 Dis. Sejumlah 530 acara akan dipertandingkan dalam temasya sukan tersebut.

Team Singapura akan berentap dalam acara-acara termasuk akuatik, bola jaring, skuasy, tenis meja, wushu dan olahraga.

Sebilangan atlit juga akan membuat kemunculan sulung dalam sukan baru seperti 'braking' (sukan tarian), e-sukan, bola tangan (handball) pantai, jiu-jitsu, kurash, sambo, sukan papan luncur, sukan luncur air dan hoki dalam air.

Pada tahun 2017, kontinjen Team Singapura seramai 560 atlit di Kuala Lumpur membawa pulang 58 pingat emas, 59 perak dan 71 gangsa.

"Sukan SEA adalah acara yang tidak asing lagi bagi rakyat Singapura, memandangkan tradisinya yang lama dan kepentingannya bagi rantau ini," menurut SNOC dalam kenyataan media.

"SNOC berbesar hati mengetahui bahawa meskipun begitu, para atlit Singapura terus memecah rekod baru dan akan mencipta sejarah di Filipina."

Para atlit yang belum memenuhi kriteria kelayakan diberi masa hingga 27 Ogos untuk memperolehi tempat ketiga di peringkat Asia Tenggara.

Dalam kenyataannya, SNOC juga menyatakan ia menolak pencalonan badan Olahraga Singapura bagi juara maraton sebanyak dua kali Soh Rui Yong.

Keputusan itu dibuat atas dasar tingkah laku Soh baru-baru ini, yang "tidak menepati piawaian sikap dan tatalaku yang dijangkakan SNOC dan dipertanggungjawabkan ke atas para atlit," menurut majlis berkenaan.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan