Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Tayar bocor tidak hambat Hamilton cipta rekod baru GP British; menang kali ke-7 di Silverstone

Lewis Hamilton memenangi Grand Prix Britain buat kali ketujuh, satu rekod baru, meskipun salah satu tayar yang bocor pada pusingan terakhir hampir-hampir menjejas peluang pelumba pasukan Mercedes itu untuk menjuarai perlumbaan pada Ahad (2 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Tayar bocor tidak hambat Hamilton cipta rekod baru GP British; menang kali ke-7 di Silverstone

Lewis Hamilton raikan kemenangan di Grand Prix Britain pada 2 Ogos 2020 (Gambar: REUTERS/Frank Augstein)

Diterbitkan : 03 Aug 2020 12:22PM Dikemas Kini : 03 Aug 2020 12:27PM

SILVERSTONE: Lewis Hamilton memenangi Grand Prix Britain buat kali ketujuh, satu rekod baru, meskipun salah satu tayar yang bocor pada pusingan terakhir hampir-hampir menjejas peluang pelumba pasukan Mercedes itu untuk menjuarai perlumbaan pada Ahad (2 Ogos).

Juara dunia sebanyak enam kali itu mendahului perlumbaan dari petak pertama dan dengan kemenangan tersebut kini berjaya melebarkan jurang dengan kelebihan 30 mata.

"Saya tentu sekali belum pernah mengalami perkara seperti itu di pusingan terakhir," kata Hamilton setelah memeriksa tayar kiri sebelah depan kereta lumbanya yang hampir tercabut.

Max Verstappen dari Red Bull menduduki tempat kedua dan beliau mungkin berpeluang untuk memenangi perlumbaan tersebut sekiranya beliau tidak menukar tayar baru yang diharap akan meraih mata tambahan berdasarkan masa terpantas yang dicatatkan pada setiap pusingan.

Charles Leclerc dari Ferrari pula terpaksa berpuas hati di tempat ketiga, satu kejutan bagi pasukan yang sebelum ini bergelut untuk mempamerkan prestasi yang konsisten.

Rakan sepasukan Hamilton yang juga pesaing terdekatnya, Valtteri Bottas gagal mengutip mata setelah tayarnya bocor dan menduduki tempat ke-11, walaupun pada awalnya kedua-dua pelumba itu kelihatan akan bersaing sengit sepanjang perlumbaan tersebut.

"Hingga ke pusingan terakhir semuanya berjalan lancar," kata Hamilton mengenai perlumbaan yang semangnya luar biasa kerana tiada penonton yang menyaksikan perlumbaan tersebut disebabkan oleh pandemik COVID-19.

Kemenangan itu adalah yang ke-87 dalam kerjaya Hamilton dalam F1 - kurang empat untuk menyaingi rekod Ferrari Michael Schumacher sebanyak 91 - dan ketiga berturut-turut.

Mercedes, yang mengejar gelaran kembar buat kali ketujuh berturut-turut sudahpun memenangi empat perlumbaan musim ini.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan