Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Tawaran AS$15 juta untuk Khabib bertarung lagi dengan McGregor; bapa sebaliknya tuntut AS$30 juta

Bapa dan jurulatih juara lightweight UFC Khabib Nurmagomedov, Encik Abdulmanap berkata bahawa anaknya sudah ditawarkan AS$15 juta (S$21 juta) untuk masuk gelanggang sekali lagi dengan Conor McGregor.

Anggaran Waktu Membaca:
Tawaran AS$15 juta untuk Khabib bertarung lagi dengan McGregor; bapa sebaliknya tuntut AS$30 juta

Khabib Nurmagomedov. (Gambar: Khabib Nurmagomedov/Facebook)

Diterbitkan : 21 Dec 2018 03:13PM Dikemas Kini : 21 Dec 2018 03:18PM

RUSIA: Bapa dan jurulatih juara lightweight UFC Khabib Nurmagomedov, Encik Abdulmanap berkata bahawa anaknya sudah ditawarkan AS$15 juta (S$21 juta) untuk masuk gelanggang sekali lagi dengan Conor McGregor. Bagaimanapun, pihak Khabib mahukan tawaran seganda lebih besar.

Dalam wawancaranya dengan media Rusia, Sport24, Encik Abdulmanap Nurmagomedov turut menyentuh tentang pelbagai topik, termasuk kemenangan bersejarah anaknya semasa menewaskan McGregor di UFC299, perlawanan tinju yang mungkin akan diadakan dengan petinju legenda yang belum pernah ditewaskan,Floyd Mayweather Jr. dan rancangan Khabis seterusnya.

"Sebagai seorang atlit aktif yang mempertahankan kejuaraan UFC, Khabib mempunyai 3-4 pertarungan lagi," menurut Encik Abdulmanap, sambil mendedahkan bahawa satu-satu hasratnya adalah untuk melihat anaknya bertarung di Rusia.

"Kami ada mengatakan bahawa kami akan menewaskannya. Kami juga ada mengatakan bahawa kami akan menumbangkannya - dan kami sudah melakukannya. Kami akan memaksanya supaya menyerah kalah - kami juga sudah mencapai matlamat ini. Apa lagi yang anda mahu, wahai para pembenci? Di mana anda sekarang? Mereka sedang berusaha untuk menghubungi kami. Anda mahu bertarung? Tentu sekali, beri saja AS$30 juta (S$42 juta) dan kami akan memenuhi permintaan itu.

Apabila ditanya sama ada kata-katanya itu diajukan kepada para pengkritik, Encik Abdulmanap berkata:

"Ia ditujukan kepada McGregor. Mereka menawarkan AS15 juta untuk bertarung sekali lagi dengan McGregor. Tetapi, mengapa? Kami mahukan AS$30 juta (S$42 juta).

"Terdapat ramai pencabar lain yang sedang menunggu untuk bertarung dengan Khabib. Kami patut menghormati mereka. Kami juga perlu menimbangkan - Poirier, Ferguson. Ferguson, saya berpendapat beliau lebih wajar dipertimbangkan. Beliau pilihan nombor satu," kata Encik Abdulmanap. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan