Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Tampilkan semangat kejiranan, Fandi Ahmad sekeluarga sediakan sanitiser tangan dalam lif

Situasi COVID-19 menonjolkan semangat perpaduan dan bergotong royong yang menjadi identiti masyarakat Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Tampilkan semangat kejiranan, Fandi Ahmad sekeluarga sediakan sanitiser tangan dalam lif

(Gambar: Instagram/@auntyjackie)

SINGAPURA: Situasi COVID-19 menonjolkan semangat perpaduan dan bergotong royong yang menjadi identiti masyarakat Singapura.

Malah, ia juga menampakkan keluhuran hati sesetengah individu yang tampil membantu dalam perjuangan Singapura memerangi virus ini.

Menurut perkongsian Instagram pada Ahad (12 Apr), seorang individu yang merupakan jiran kepada keluarga pemain bola sepak terkenal Singapura, Fandi Ahmad menulis tentang bakti yang dilakukan mereka sekeluarga di tengah-tengah penularan COVID-19.

Menurut individu yang dikenali sebagai auntyjackie itu, Fandi Ahmad sekeluarga menyediakan sanitiser tangan di kedua-dua lif rumah mereka untuk kegunaan para jiran tetangga.

"COVID-19 mungkin merebak tetapi kebaikan hati dan belas kasihan semasa pandemik ini juga lebih terserlah. Kita perlukan lebih banyak semangat kekampungan, bukan kejahilan.

"Kita ada peranan tidak kira betapa kecil bagi melindungi semua rakyat Singapura. Mungkin salah seorang anggota keluarga anda di luar sana yang sedang memerangi pandemik ini. Sila #StayHome.

"Setinggi-tinggi penghargaan kepada "jiran kampong" saya Fandi sekeluarga.

"Tidak lupa juga para pekerja barisan hadapan termasuk para pekerja asing yang mengutamakan kesihatan dan keselamatan lain sebelum diri mereka sendiri. #StaySafeSingapore," tulis beliau sebelum mengakhiri catatannya.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan