Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Taktik permainan Mourinho dikritik

Pengurus kelab bola sepak Manchester United, Jose Mourinho terus menerima kritikan.

Anggaran Waktu Membaca:
Taktik permainan Mourinho dikritik

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho. (Gambar: Lindsey Parnaby/AFP)

Diterbitkan : 03 Oct 2018 12:14PM Dikemas Kini : 03 Oct 2018 12:15PM

MANCHESTER: Pengurus kelab bola sepak Manchester United, Jose Mourinho terus menerima kritikan.

Namun kali ini, kritikan yang dilemparkan terhadap beliau adalah berdasarkan taktik permainan selepas United seri 0-0 dengan Valencia dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah di Old Trafford pada 2 Oktober. Ini bermakna United belum memenangi sebarang perlawanan dalam empat perlawanan sejauh ini.

Para penyokong United mengejek taktik anak-anak buah Mourinho dalam babak kedua dan ini merupakan satu lagi tamparan bagi Mourinho.

Mourinho juga pernah bertikai dengan pemain tengah United, Paul Pogba dan beberapa pemain lain kelab tersebut.

Bekas pemain tengah United, Paul Scholes juga mendakwa Mourinho memalukan kelab itu dengan mengulangi kecaman secara terbuka terhadap para pemainnya.

Mourinho bagaimanapun enggan melayan sebarang kritikan yang dilemparkan terhadap dirinya.

“Saya tidak berminat. Bebas berucap, negara bebas, anda boleh cakap apa yang anda mahu.

“Bebas bercakap, terutamanya penyokong United dan saya hormati mereka 100 peratus,” kata Mourinho.

Walaupun seri, United menduduki tangga kedua di belakang Juventus, dengan kedua-dua pasukan bakal berentap dalam pertandingan tersebut. 

Sumber : AFP/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan