Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Syed Saddiq optimis kerjasama dengan Man City pasti jadi kenyataan

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia akan memastikan kolaborasinya dengan juara Liga Perdana England, Manchester City, menjadi kenyataan.

Anggaran Waktu Membaca:
Syed Saddiq optimis kerjasama dengan Man City pasti jadi kenyataan

Menteri Belia dan Sukan Malaysia Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif Manchester City Ferran Soriano. (Gambar: Facebook/Syed Saddiq Syed Abdul Rahman)

Diterbitkan : 29 May 2019 08:54AM Dikemas Kini : 29 May 2019 09:01AM

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan Malaysia akan memastikan kolaborasinya dengan juara Liga Perdana England, Manchester City, menjadi kenyataan.

Menurut laporan Bernama, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata mesyuarat mengenai perkara itu diadakan di bangunan kementerian tersebut Khamis lalu, melibatkan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Ahmad Shapawi Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Zafrul Aziz.

“Dalam mesyuarat itu bukan hanya saya seorang. Pegawai saya dan pegawai Manchester City juga ada, mereka dengar (berkaitan pembelian kelab) dan sebelum sidang media juga saya telah maklumkan untuk bercakap mengenai dua perkara berkenaan. Ia dipersetujui.

“Sesetengah orang langsung tidak boleh menerimanya (berita ini) tapi tak apalah, ia bermakna kita perlu bekerja keras untuk melaksanakannya, bukan itu sahaja, tapi juga dari segi kolaborasi masa hadapan dengan Program Pembangunan Bola Sepak Nasional (NFDP) dan Akademi Mokhtar Dahari (MDA).

Bernama melaporkan Encik Syed Saddiq turut menjelaskan bahawa disebabkan perancangan dalam tempoh yang terlalu singkat, wakil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak dapat menghadiri mesyuarat dengan CEO Manchester City Ferran Soriano itu.

Berhubung perbincangannya dengan pemilik Manchester City Khamis lepas, Encik Syed Saddiq berkata pemilik kelab itu sedang menimbangkan kemungkinan untuk membeli salah satu daripada kelab bola sepak di Malaysia, lapor Bernama.

Menurutnya ia adalah satu daripada dua pelan awal yang dibincangkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dan delegasi Manchester City yang diketuai oleh CEO Ferran Soriano dalam pertemuan di Menara KBS minggu lalu.

Sumber : Bernama/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan