Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Suruhanjaya Sukan Selamat dilancar

Satu Suruhanjaya Sukan Selamat atau Safesport dilancarkan hari ini (14 Okt) bagi mewujudkan proses aduan terhadap penderaan dan mengukuhkan garis panduan bagi tata laku.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Oct 2019 08:05PM Dikemas Kini : 14 Oct 2019 11:19PM

SINGAPURA: Satu Suruhanjaya Sukan Selamat atau Safesport dilancarkan hari ini (14 Okt) bagi mewujudkan proses aduan terhadap penderaan dan mengukuhkan garis panduan bagi tata laku.

Para anggota suruhanjaya tersebut merangkumi Sport Singapore, pihak kementerian dan polis.

Tanpa rangka kerja yang betul tentang hubungan antara jurulatih dan atlet, sebarang salah laku mungkin mudah terjadi.

Maka itu Suruhanjaya Safesport mahu menentukan sempadan antara jurulatih dan atlet.

Ia juga mahu mendidik lebih ramai ibu bapa dan atlet agar mereka tahu apa yang perlu dilakukan apabila sesuatu negatif berlaku.

Para jurulatih pula berpendapat melakarkan kelakuan yang betul dalam hitam putih, adalah langkah yang betul.

Matlamatnya bagi menyediakan sekitaran latihan yang kondusif agar para atlet boleh menumpukan perhatian kepada kecemerlangan sukan.

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan