Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan Sekolah Kebangsaan disambung semula; 12,000 pelajar bersaing dalam 12 sukan

Sekitar 12,000 pelajar mengambil bahagian dalam Sukan Sekolah Kebangsaan (NSG) tahun ini, selepas ia ditangguh tahun lalu dek pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 31 Mar 2021 09:35PM Dikemas Kini : 31 Mar 2021 09:39PM

SINGAPURA: Sekitar 12,000 pelajar mengambil bahagian dalam Sukan Sekolah Kebangsaan (NSG) tahun ini, selepas ia ditangguh tahun lalu dek pandemik COVID-19.

Meskipun jumlah sukan yang dipertandingkan pada edisi kali ini dikurangkan Menteri Pendidikan Lawrence Wong berkata lebih banyak acara sukan mungkin disertakan jika keadaan COVID-19 dapat dikawal dengan baik dan lebih ramai orang menerima vaksinasi.

Buat masa sekarang, hanya para pelajar menengah dan sekolah rendah atasan serta maktab rendah yang menyertai temasya sukan kali ini.

Semarak temasya Sukan Sekolah Kebangsaan (NSG) kembali tahun ini selepas membuka tirainya buat julung-julung kalinya di Hab Tampines Kita pagi tadi (31 Mac).

Acara tersebut yang tertangguh buat pertama kalinya sejak 1959, kini menampilkan hanya 12 daripada 29 jenis sukan yang lazimnya dipertandingkan.

Bola tampar merupakan antara 12 sukan yang disambung semula pada temasya Sukan Sekolah Kebangsaan tahun ini.

Sememangnya edisi kali ini dijalankan pada skala lebih kecil tanpa kehadiran sebarang penonton.

Format permainan juga perlu diubah.

Misalnya, bagi sukan bola tampar hanya tiga pemain dibenarkan dalam setiap pasukan pada satu-satu masa berbanding enam pada biasanya.

Menteri Pendidikan Lawrence Wong berkata keadaan temasya Sukan Sekolah Kebangsaan ini tidak akan kembali kepada asal dengan segera.

Acara sukan itu akan berlangsung sehingga 27 Mei ini. 

Sumber : CNA/HK/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan