Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA: S'pura raih pingat perak dan gangsa acara terjun

Singapura gagal untuk mempertahankan kejuaraannya dalam acara terjun cantik berpasukan wanita papan anjal tiga meter.

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan SEA: S'pura raih pingat perak dan gangsa acara terjun

(Gambar: Facebook/Singapore Swimming Association)

Diterbitkan : 07 Dec 2019 08:03PM Dikemas Kini : 07 Dec 2019 08:06PM

NEW CLARK CITY, Filipina: Singapura gagal untuk mempertahankan kejuaraannya dalam acara terjun cantik berpasukan wanita papan anjal tiga meter.

Di peringkat akhir, pasangan Ashlee Tan dan Fong Kay Yian terpaksa berpuas hati menduduki tempat kedua setelah mengumpul 228.06 mata.

Pingat emas menjadi milik pasangan Malaysia.

Dalam acara perseorangan lelaki papan anjal tiga meter pula, peserta Singapura Mark Lee Hang Ming meraih pingat gangsa setelah mengumpul 325.50 mata.

Pingat emas dan perak diraih peserta dari Malaysia, Ooi Tze Liang yang mengumpul 454.60 mata dan Mohd Syafiq Puteh dengan 402.50 mata.

Ikuti liputan Mediacorp bagi Sukan SEA ke-30 dan dapatkan laporan paling meluas Team Singapore melalui empat saluran LIVE di Toggle. 

Sumber : CNA/MU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan