Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA: S'pura raih 4 lagi pingat emas, 3 rekod baru di kolam renang

Para peserta Singapura terus menguasai acara renang di Sukan SEA hari ini (8 Dis). Daripada enam peringkat akhir yang dipertandingkan, Singapura memenangi empat pingat emas, tiga daripadanya dengan catatan rekod baru Sukan SEA.

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan SEA: S'pura raih 4 lagi pingat emas, 3 rekod baru di kolam renang

(Gambar: Twitter/MatthewMohanCNA)

Diterbitkan : 08 Dec 2019 09:25PM Dikemas Kini : 08 Dec 2019 09:32PM

CLARK: Para peserta Singapura terus menguasai acara renang di Sukan SEA hari ini (8 Dis).

Daripada enam peringkat akhir yang dipertandingkan, Singapura memenangi empat pingat emas, tiga daripadanya dengan catatan rekod baru Sukan SEA.

Perenang Singapura, Lionel Khoo menamatkan acara 50 meter kuak dada di tempat pertama dengan masa 28.15 saat iaitu rekod baru Sukan SEA.

Peserta Filipina, James Deiparine berada di tempat kedua sementara perenang Indonesia, Gagarin Nathaniel, meraih pingat gangsa. Seorang lagi peserta Singapura, Maximillian Ang menduduki tempat ketujuh.

Peringkat akhir acara 50 meter gaya bebas wanita pula dijuarai perenang Singapura, Amanda Lim. Beliau berjaya menang pingat emas dengan catatan masa 25.06 saat - juga rekod baru Sukan SEA.

Pingat perak dimenangi perenang Thailand manakala pingat gangsa menjadi milik Jasmine Alkhaldi dari Filipina. Seorang lagi peserta Singapura, Quah Ting Wen pula menduduki tempat keenam.

Acara 100 meter gaya bebas lelaki menyumbang pingat emas dan perak buat Singapura.

Darren Chua menduduki tempat pertama dengan catatan masa 49.59 saat disusuli Joseph Schooling dengan masa 49.64 saat.Perenang Vietnam, Hoang Quy Phuoc menduduki tempat ketiga.

Pingat emas keempat Singapura dalam sukan renang hari ini disumbang oleh pasukan wanita Singapura dalam acara berganti-ganti 4x100 meter rampaian.

Mereka jauh meninggalkan pesaing-pesaing lain untuk menamatkan perlumbaan dalam masa 4 minit 7.05 saat, iaitu rekod nasional dan Sukan SEA baru.

Terus ikuti liputan meluas prestasi para atlit Singapura di Sukan SEA di empat saluran siaran langsung Toggle Mediacorp.

Sumber : CNA/MU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan