Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA: Rancangan luar jangka jika taufan Kammuri landa Manila

 Jawatankuasa Penganjuran Sukan SEA Filipina (PHISGOC) selaku penganjur Sukan SEA ke-30, mempunyai perancangan luar jangka jika taufan Kammuri melanda tempat temasya itu dalam masa seminggu ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan SEA: Rancangan luar jangka jika taufan Kammuri landa Manila

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 29 Nov 2019 10:25AM Dikemas Kini : 29 Nov 2019 10:30AM

MANILA: Jawatankuasa Penganjuran Sukan SEA Filipina (PHISGOC) selaku penganjur Sukan SEA ke-30, mempunyai perancangan luar jangka jika taufan Kammuri melanda tempat temasya itu dalam masa seminggu ini.

Pentadbiran Perkhidmatan Atmosfera, Geofizikal dan Astronomi Filipina (PAGASA), mengeluarkan amaran bahawa taufan Kammuri dijangka melanda negara ini, terutamanya di Pulau Luzon Selatan yang menempatkan kawasan penganjuran Sukan SEA kali ini, seperti Metro Manila, Clark dan Subic.

Menurut beberapa portal berita tempatan, taufan yang akan diberikan nama tempatan Tisoy selepas memasuki kawasan negara itu, diramal memasuki Filipina bermula petang Sabtu hingga pagi Ahad, tetapi kesan paling teruk dijangka pada Selasa dan Rabu.

Dengan beberapa acara seperti bola sepak lelaki, polo dan bola jaring telah membuka tirai sejak Isnin lalu, upacara perasmian Sukan SEA dijadualkan pada Sabtu malam di arena tertutup paling besar di dunia, Philippine Arena, Bulacan dan menutup secara rasminya pada 11 Dis.

Taufan yang ke-20 untuk melanda negara ini pada 2019, masih berada di luar kawasan tanggungjawab Filipina, sedang menuju ke Selatan Luzon berisiko untuk membawa angin kencang selaju 120-150 kilometer sejam beserta hujan lebat, lapor portal Phil Star.

Bagaimanapun, PAGASA masih belum dapat meramal dengan tepat laluan sebenar dan risiko taufan itu kerana masih jauh dari Filipina.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan