Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA: Presiden Filipina akan hadiri majlis pembukaan

Presiden Filipina Rodrigo Duterte akan menghadiri majlis pembukaan pertandingan Sukan Asia Tenggara, menurut istana presiden sehari selepas pemimpin negara itu memohon maaf atas huru-hara yang berlaku. 

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan SEA: Presiden Filipina akan hadiri majlis pembukaan

Sukan SEA di Filipina dicemari aduan berhubung pengangkutan, penginapan dan makanan. (Gambar: TED ALJIBE/AFP)

Diterbitkan : 30 Nov 2019 02:59PM Dikemas Kini : 30 Nov 2019 03:01PM

CLARK, FILIPINA: Presiden Filipina Rodrigo Duterte akan menghadiri majlis pembukaan pertandingan Sukan Asia Tenggara, menurut istana presiden sehari selepas pemimpin negara itu memohon maaf atas huru-hara yang berlaku.

Pertubuhan bagi edisi ke-30 Sukan SEA dipersenda dan dicemari oleh aduan berhubung pengangkutan, penginapan serta makanan sedang ribuan atlit membanjiri Filipina untuk acara terbesar temasya berbilang sukan itu.

Ancaman ribut yang kian menghampiri Filipina - diramalkan melanda bahagian utara negara itu awal minggu depan - juga menimbulkan kebimbangan.

Encik Duterte mengikrarkan satu siasatan ke atas masalah menjelang majlis pembukaan Sukan SEA di Philippine Arena, terletak sekitar 25 kilometer dari utara ibu kota Manila. Ini setelah timbulnya masalah logistik dan pembinaan pada saat-saat akhir.

"Saya betul-betul minta maaf bagi pihak negara... mereka (negara lain) harus tahu selagi mereka masih di sini bahawa pemerintah tidak berasa gembira," kata Encuk Duterte dalam satu wawancara yang disiarkan pada Jumaat (29 Nov).

"Anda tidak boleh hanya mengetepikan semua itu - rasa tidak selesa, penderitaan para atlit, tidur di lantai dan kelaparan," tambah beliau. "Bagi negara-negara yang menghantar mereka ke sini, itu adalah satu perkara besar."

Encik Duterte juga mengarahkan penganjur untuk mengeluarkan tiket percuma bagi kebanyakan daripada 56 sukan di Sukan SEA untuk warga tempatan.

Filipina sedang bersiap siaga bagi taufan yang menurut badan peramal, mengekalkan kekuatannya.

PAGASA menyatakan Taufan Kammuri - sekencang 185 kilometer sejam dan angin berkekuatan maksimum 150 kilometer sejam - kini sedang menuju tepat ke tempat-tempat Sukan SEA di bahagian utara negara. Ia dijangka melanda kawasan itu pada Selasa (3 Dis).

Temasya sukan tahun ini di Clark, Manila dan Subic - yang berlangsung sehingga 11 Disember - sangat rumit dengan rekod 56 sukan merentasi puluhan lokasi yang terletak beberapa jam antara satu tempat ke satu tempat lain. Ini bahkan sebelum keadaan sesak lalu lintas di Manila diambil hitung.  

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan