Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA: Perenang Singapura sumbang 3 lagi pingat emas

Tujuh lagi acara dipertandingkan di kolam renang di Pusat Akuatik New Clark City hari ini (7 Dis) dan Singapura diwakili dalam kesemua acara.

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan SEA: Perenang Singapura sumbang 3 lagi pingat emas

Pasukan acara berganti-ganti wanita 4X100 meter gaya bebas menyusuli kemenangan mereka. (Gambar: Twitter/Matthew Mohan)

Diterbitkan : 07 Dec 2019 09:39PM Dikemas Kini : 07 Dec 2019 09:51PM

CLARK: Tujuh lagi acara dipertandingkan di kolam renang di Pusat Akuatik New Clark City hari ini (7 Dis) dan Singapura diwakili dalam kesemua acara.

Ia berakhir dengan para perenang Singapura merangkul tiga pingat emas.

Pingat emas pertama Singapura acara renang hari ini diperolehi dari acara 200 meter gaya bebas, lelaki.

Darren Chua menamatkan perlumbaan dalam masa 1 minit 48.26 saat, mengalahkan juara bertahan dari Malaysia Welson Sim yang meraih perak. Perenang Vietnam Hoang Quy Phuoc di tempat ketiga.

Masa yang dicatatkan Darren juga, adalah masa peribadi terbaiknya.

Dalam acara 50 meter kuak kupu-kupu wanita, juara bertahan Quah Ting Wen terus unggul, menyumbang satu lagi pingat emas bagi Singapura.

Dia juga berjaya mencatat rekod baru Sukan SEA apabila menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 26.50 saat.

Perenang Thailand Ard Jenjira Srisa di tempat kedua manakala Jasmine Alkhaldi dari Filipina, raih gangsa

Quah menyumbang satu lagi pingat emas menerusi acara berganti-ganti wanita 4X100 meter gaya bebas.

Bahkan masa 3 minit 40.92 saat yang dicatatkan Quah bersama saudara perempaunnya Jing Wen, Amanda Lim dan Cherlyn Yeoh merupakan satu rekod baru Sukan SEA.

Terus ikuti liputan meluas prestasi para atlit Singapura di Sukan SEA di empat saluran siaran langsung Toggle Mediacorp. 

Sumber : CNA/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan