Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA: Perenang S'pura cipta rekod baru di peringkat saringan 50 meter gaya bebas lelaki

Dua perenang Singapura Jonathan Tan dan Teong Tzen Wei mencatat masa yang sama, 22.46 saat dalam peringkat saringan bagi acara 50 meter gaya bebas lelaki, sekali gus mencipta rekod baru Sukan SEA hari ini (9 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan SEA: Perenang S'pura cipta rekod baru di peringkat saringan 50 meter gaya bebas lelaki

(Gambar: CNA)

Diterbitkan : 09 Dec 2019 02:33PM Dikemas Kini : 09 Dec 2019 02:44PM

NEW CLARK CITY, Filipina: Dua perenang Singapura Jonathan Tan dan Teong Tzen Wei mencatat masa yang sama, 22.46 saat dalam peringkat saringan bagi acara 50 meter gaya bebas lelaki, sekali gus mencipta rekod baru Sukan SEA hari ini (9 Dis).

Bersaing dalam dua acara saringan yang berlainan, kedua-dua perenang negara berjaya memecahkan rekod 22.47 saat yang dicatatkan oleh Joseph Schooling di Sukan SEA 2015 di Singapura.

Ini juga bermakna Teong, juara bertahan bagi acara itu, berjaya menandingi rekod nasional yang dicatatkan oleh Tan pada awal tahun ini.

Tan, 17 tahun dan Teong, 22 tahun akan bertanding di peringkat akhir acara tersebut yang dijadual berlangsung pada lewat hari ini.

Sejauh ini, pasukan renang Singapura berjaya meraih 18 pingat emas secara keseluruhannya di Sukan SEA kali ini.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan