Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA: Pasukan tenis meja wanita S'pura tewas kepada Thailand dalam acara beregu

Thailand akan dijamin pingat emas di Sukan SEA bagi acara beregu tenis meja wanita menyusuli kekalahan dua pasangan Singapura di peringkat separuh akhir hari ini (7 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan SEA: Pasukan tenis meja wanita S'pura tewas kepada Thailand dalam acara beregu

(Gambar: Sport SG)

Diterbitkan : 07 Dec 2019 03:51PM Dikemas Kini : 07 Dec 2019 07:35PM

NEW CLARK CITY, Filipina: Thailand akan dijamin pingat emas di Sukan SEA bagi acara beregu tenis meja wanita menyusuli kekalahan dua pasangan Singapura di peringkat separuh akhir hari ini (7 Dis).

Di Pusat Konvensyen dan Pameran Subic Bay, gandingan Feng Tianwei dan Lin Ye tumpas 2-3 di tangan pasangan Thailand, Komwong Nanthana dan Sawettabut Jinnipa.

Satu lagi pasangan Singapura, Goh Rui Xuan dan Wong Xin Ru juga kalah 2-3 kepada Paranang Orawan dan Sawettabut Suthasini.

Kekalahan itu bermakna Singapura tidak akan mengekalkan gelaran juara pada Sukan SEA 2017 di mana gandingan Feng Tianwei dan Yu Mengyu meraih pingat emas. Pingat perak pula dimenangi oleh pasangan Singapura Lin Ye dan Zhou Yihan pada temasya 2017.

Acara yang sama turut dijuarai Singapura pada 2015.

Kali ini, kedua-dua pasangan Singapura akan meraih pingat gangsa.

Ikuti liputan Mediacorp bagi Sukan SEA ke-30 dan dapatkan laporan paling meluas Team Singapore melalui empat saluran LIVE di Toggle. 

Sumber : CNA/MU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan