Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA: Pasukan hoki dalam air lelaki, wanita rangkul pingat emas

Sejurus sebelum kemenangan bersejarah di pertandingan hoki dalam air Sukan SEA, ketua pasukan lelaki Singapura sudahpun memikirkan tentang sasaran pasukan beliau seterusnya iaitu sebutir lagi pingat emas.

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan SEA: Pasukan hoki dalam air lelaki, wanita rangkul pingat emas

(Gambar: SNOC)

Diterbitkan : 04 Dec 2019 04:58PM Dikemas Kini : 04 Dec 2019 05:04PM

CLARK, Filipina: Sejurus sebelum kemenangan bersejarah di pertandingan hoki dalam air Sukan SEA, ketua pasukan lelaki Singapura sudahpun memikirkan tentang sasaran pasukan beliau seterusnya iaitu sebutir lagi pingat emas.

"Untuk meraih pingat emas, menyempurnakan strategi dan rancangan kami, saya berasa amat bangga dengan pasukan saya. Saya rasa seronok berada di sini," kata Chan.

"Separuh daripada matlamat kami sudah tercapai, kami mendapat satu pingat dan kami akan memburu lebih banyak pingat. Kami sedang meraikan saat ini tetapi kami sudah sasarkan pingat emas seterusnya."

Kedua-dua pasukan hoki dalam air lelaki dan wanita Singapura kedua-dua merangkul pingat emas di Sukan SEA ke-30 di Filipina hari ini (4 Dis) di Hab Sukan Vermoza di Imus, Cavite.

Dalam acara 4x4, pasukan lelaki membenamkan pasukan Filipina 5-0 manakala pasukan wanita menang 4-2.

Pasukan lelaki Singapura mendahului perlawanan 3-0 pada separuh pertama perlawanan akhir dan ini meletakkan Singapura di kedudukan selesa untuk akhirnya dinobatkan sebagai pemenang. Dua lagi gol diperolehi pada waktu rehat.

"Saya fikir kami mencapai prestasi terbaik pada masa yang tepat - dalam persaingan untuk pingat emas. Itulah masnya kami betul-betul bekerjasama," jelas Chan.

"Beberapa hari kebelakangan ini, kami berusaha untuk meningkatkan prestasi hingga ke saat ini.. Saya amat gembira dengan hasilnya."

Peringkat akhir acara 4x4 wanita pula lebih sengit dengan Filipina hampir bangkit mengatasi Singapura dengan dua gol dijaringkan pada saat-saat akhir. Namun, pasukan Singapura kekal teguh.

Jurulatih pasukan wanita, Lena Plambeck memuji pasukannya atas prestasi yang baik dan menyifatkan mereka sebagai "kumpulan yang mengagumkan".

"Meskipun ia merupakan sukan amatur, mereka bersikap profesional mengenai latihan mereka, dan mengenai persiapan bagi perlawanan ini," kata Plambeck.

"Mereka perlu melakukan semuanya sendiri dan mereka amat fokus dan mudah dilatih, mendengar arahan jurulatih dan mencuba perkara baru."

Pingat emas yang dijulang itu adalah pingat Sukan SEA pertama sukan itu, yang diperkenalkan buat kali pertama di Sukan SEA tahun ini.

Kedua-dua pasukan hoki dalam air lelaki dan wanita Singapura akan bertanding dalam acara 6x6 dengan pusingan robin bermula hari ini.


Ikuti liputan Mediacorp bagi Sukan SEA ke-30 dan dapatkan laporan paling meluas Team Singapore melalui empat saluran LIVE di Toggle. Lungsuri toggle.sg/seagames2019 bagi butiran lanjut.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan