Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA: Pasukan boling wanita S'pura rangkul pingat emas ketiga

Pemain boling wanita Singapura, New Hui Fen, memenangi satu lagi pingat emas hari ini (8 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan SEA: Pasukan boling wanita S'pura rangkul pingat emas ketiga

(Gambar: SNOC)

Diterbitkan : 08 Dec 2019 08:18PM Dikemas Kini : 08 Dec 2019 08:20PM

NEW CLARK CITY: Pemain boling wanita Singapura, New Hui Fen, memenangi satu lagi pingat emas hari ini (8 Dis).

Dalam peringkat akhir master step ladder, New berjaya melakukan 213 jatuhan pin bagi mengalahkan pemain Malaysia, Siti Safiyah Amirah yang membuat 194 jatuhan pin.

Seorang lagi pemain Singapura, Shayna Ng meraih pingat gangsa.

Ini merupakan pingat emas ketiga yang berjaya dirangkul oleh pemain boling wanita. New sendiri meraih tiga pingat emas secara keseluruhannya.

Beliau memenangi pingat emas pertama dalam acara boling wanita perseorangan pada Selasa (3 Dis), sebelum berganding dengan Shayna Ng, Cherie Tan dan Daphne Tan untuk memenangi pingat emas kedua dalam acara pasukan boling wanita.

Ia juga kali pertama Singapura meraih kemenangan dalam acara itu sejak Sukan SEA 2011.

Di Sukan SEA 2017, pemain boling wanita Singapura memenangi pingat emas yang diraih oleh Cherie Tan menerusi acara perseorangan.

Terus ikuti liputan meluas prestasi para atlit Singapura di Sukan SEA di empat saluran siaran langsung Toggle Mediacorp. 

Sumber : CNA/MU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan