Images
  • sukan sea netball
    (Gambar: Mediacorp)

Sukan SEA: Pasukan bola jaring wanita S'pura kalah 49-54 di tangan M'sia

LAGUNA: Pasukan bola jaring wanita Singapura tewas kepada Malaysia 49-54 dalam persaingan sengit di Sukan SEA di kompleks sukan pelbagai guna Santa Rosa di Laguna hari ini (29 Nov).

Singapura mendahului suku pertama pertarungan itu selama 15 minit.

Namun, pasukan lawan mendahului 15-12 menerusi lontaran-lontaran hebat pemain Malaysia, Norashikin Zaman dan sebilangan pemintasan.

Malaysia terus meluaskan jurang markah pada suku kedua, tetapi Singapura tidak membiarkan pasukan lawan menguasai permainan.

Strategi pertahanan yang hebat dan pukulan padu oleh kapten pasukan Singapura Charmaine Soh membolehkan Singapura mengejar Malaysia sehingga dua mata sahaja di belakang - 38-40 - pada suku ketiga.

Namun, daya tahan dan kekuatan pasukan Malaysia dalam membuat pemintasan bermakna mereka akhirnya muncul sebagai pemenang.

Dalam tiga perlawanan pertama, Singapura menumpaskan pasukan Filipina, Brunei dan Thailand. Singapura bakal menentang Thailand dalam peringkat separuh akhir pada Ahad ini (1 Dis).

Di Sukan SEA sebelum ini, Singapura gagal meraih pingat emas setelah tewas 41-65 di tangan Malaysia di peringkat akhir.

- CNA/HA/ha

Top