Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA: Pasukan bola jaring S'pura kalahkan Brunei 62-38

Meskipun menghadapi suku pertama perlawanan yang menggerunkan, pasukan bola jaring Singapura berjaya mencatat kemenangan kedua dalam dua perlawanan di Sukan SEA ke-30, setelah menewaskan Brunei pada Rabu (27 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan SEA: Pasukan bola jaring S'pura kalahkan Brunei 62-38

Pasukan bola jaring S'pura kalahkan Brunei di Sukan SEA pada 27 Nov (Gambar: Matthew Mohan)

Diterbitkan : 27 Nov 2019 06:46PM Dikemas Kini : 27 Nov 2019 06:50PM

LAGUNA: Meskipun menghadapi suku pertama perlawanan yang menggerunkan, pasukan bola jaring Singapura berjaya mencatat kemenangan kedua dalam dua perlawanan di Sukan SEA ke-30, setelah menewaskan Brunei pada Rabu (27 Nov).

Brunei, yang memenangi pingat gangsa semasa Sukan SEA sebelum ini, menunjukkan prestasi baik namun akhirnya tewas 62-38 di tangan Singapura di kompleks sukan Santa Rosa di Laguna.

Brunei mendahului 4-1 pada awal suku pertama perlawanan pusingan awal itu. Namun Singapura berjaya bangkit dan menamatkan suku tersebut dengan pungutan mata 9-8.

Pada hujung suku kedua, pasukan Singapura pimpinan Natalie Milicich meluaskan jurang mata kepada 25-20.

Mengekalkan rentak permainan, pasukan Singapura terus meluaskan perbezaan mata lebih lanjut dengan mendahului perlawanan 43-28 pada akhir suku ketiga.

Pasukan negara yang membawa pulang pingat perak sebelum ini, membuktikan penguasaannya dengan memenangi perlawanan.

Sebelum ini Singapura mengalahkan pasukan tuan rumah Filipina 80-28 dalam perlawanan pembukaan Sukan SEA ke-30 pada Isnin.

Pada Sukan SEA ke-29, Singapura terlepas peluang mencapai pingat emas setelah kalah di tangan Malaysia 65-41 dalam perlawanan akhir.

Singapura akan berdepan dengan pasukan Thailand Khamis ini.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan