Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA: Pasukan badminton wanita S'pura meraih gangsa setelah ditewaskan Indonesia

Pasukan badminton wanita Singapura terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa setelah ditewaskan oleh pasukan Indonesia di peringkat separuh akhir Sukan SEA ke-30 hari ini (2 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 Dec 2019 02:22PM Dikemas Kini : 02 Dec 2019 09:09PM

MANILA: Pasukan badminton wanita Singapura terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa setelah ditewaskan oleh pasukan Indonesia di peringkat separuh akhir Sukan SEA ke-30 hari ini (2 Dis).

Pasukan Singapura kalah 1-3 di tangan pasukan Indonesia di Kompleks Sukan Muntinlupa dengan satu-satunya kemenangan diraih untuk pasukan Singapura menerusi pemain Hooi Jaslyn Yue Yann dalam perlawanan perseorangan menentang Fitriani.

Perlawanan beregu peringkat akhir menyaksikan pasangan pemain Indonesia Ramadhanti Siti Fadia Silva dan Sugiato Ribka membenam pasukan Singapura, Sari Shinta Mulia dan Wong Jia Ying 3-1 bagi mengukuhkan kemenangan mereka.

Singapura berkongsi pingat gangsa dengan Malaysia, yang ditewaskan 0-3 oleh Thailand di satu lagi perlawanan peringkat separuh akhir. Tiada perlawanan penentuan diadakan bagi tempat ketiga dan keempat.

Thailand dan Indonesia akan bertemu dalam perlawanan peringkat akhir pada Selasa (3 Dis).

Di Sukan SEA terakhir, pasukan badminton wanita Singapura meraih pingat gangsa setelah kalah 0-3 kepada Thailand di peringkat separuh akhir.

Perlawanan separuh akhir bagi pasukan lelaki akan berlangsung pada petang Isnin dengan Singapura menentang pasukan Malaysia manakala Indonesia bertemu pasukan Thailand.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan