Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA: New Hui Fen rangkul pingat emas acara boling perseorangan wanita

Cuaca ribut dan mendung menyelubungi Manila menyusuli Taufan Kammuri namun sebaliknya di pusat boling Coronado Lanes, pemain Singapura, New Hui Fen menggambarkan ketenangan sedang beliau berjaya memenangi acara boling perseorangan wanita di Sukan SEA.

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan SEA: New Hui Fen rangkul pingat emas acara boling perseorangan wanita

New Hui Fen (kanan) dan Shayna Ng. (Gambar: CNA/Matthew Mohan)

Diterbitkan : 03 Dec 2019 03:00PM Dikemas Kini : 03 Dec 2019 03:03PM

MANILA: Cuaca ribut dan mendung menyelubungi Manila menyusuli Taufan Kammuri namun sebaliknya di pusat boling Coronado Lanes, pemain Singapura, New Hui Fen menggambarkan ketenangan sedang beliau berjaya memenangi acara boling perseorangan wanita di Sukan SEA.

Beliau merangkul pingat emas dengan 1,372 jatuhan pin manakala Tanya Roumimper dari Indonesia dan rakan sepasukan New, Shanya Ng masing-masing menang pingat perak dan gangsa.

Juara bertahan Cherie Tan berada di tempat ke-13.

Kemenangan New menjadikan jumlah pingat emas yang dikumpul Singapura kepada lima. Ia juga merupakan pingat perseorangan beliau yang pertama di Sukan SEA.

Team Singapore menghantar jumlah kontinjen terbesar ke Sukan SEA tahun ini dengan 666 atlit daripada 48 acara sukan.


Ikuti liputan Mediacorp bagi Sukan SEA ke-30 dan dapatkan laporan paling meluas Team Singapore melalui empat saluran LIVE di Toggle. Lungsuri toggle.sg/seagames2019 bagi butiran lanjut.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan