Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA: Kontinjen M'sia bimbang tempat pertandingan belum siap sepenuhnya

Sukan SEA 2019 akan bermula dalam masa 16 hari lagi namun laporan tentang pembinaan tempat pertandingan di Filipina yang masih belum siap sepenuhnya membimbangkan kontinjen Malaysia. 

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan SEA: Kontinjen M'sia bimbang tempat pertandingan belum siap sepenuhnya

Api Obor Sukan SEA sudah diserahkan kepada tuan rumah kejohanan sukan serantau itu tahun ini, Filipina dalam satu upacara di Kuala Lumpur. (Gambar: CNA)

Diterbitkan : 24 Oct 2019 10:25PM Dikemas Kini : 24 Oct 2019 10:30PM

KUALA LUMPUR: Sukan SEA 2019 akan bermula dalam masa 16 hari lagi namun laporan tentang pembinaan tempat pertandingan di Filipina yang masih belum siap sepenuhnya membimbangkan kontinjen Malaysia. 

Timbalan Ketua Kontinjen Negara ke Sukan SEA 2019, Nurul Huda Abdullah berkata Malaysia sebagai salah sebuah negara yang bakal bertanding di temasya sukan tersebut masih tertanya-tanya mengenai tempat pertandingan.

"Memang mengecewakan kerana sudah dekat Sukan SEA namun tempat masih belum sedia lagi. Tetapi mereka (Filipina) sedar hal itu dan sedang uruskan kelengahan.

“Sebelum ini, saya ada berjumpa dengan penganjur untuk bertanyakan isu itu dan mereka tahu masa sangat terhad sekarang. 

"Kami (wakil Malaysia) akan ke Filipina dari 28 hingga 31 Oktober ini. Kami akan usulkan perkara ini pada pertemuan itu,” kata Cik Nurul Huda selepas menjenguk persiapan skuad muay thai dan 'kickboxing' di Majlis Sukan Negara (MSN) pada Khamis (24 Okt).

Tuan rumah kejohanan tersebut dilaporkan mengambil keputusan untuk memindahkan beberapa tempat pertandingan ke Manila pada saat-saat akhir. Pihak penganjur juga dikatakan menghadapi masalah dana selain dikaitkan dengan konflik dalaman kepimpinan sukan di Filipina.

Cik Nurul Huda juga melahirkan rasa bimbang dengan situasi itu kerana bakal mengundang masalah kepada atlet dan pegawai dalam membuat persediaan awal sebelum hari pertandingan.

Temasya sukan terbesar rantau Asia Tenggara itu bakal mempertandingkan 56 acara di tiga kelompok iaitu Manila, Clark dan Subic mulai 30 November hingga 11 Disember ini.  

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan