Images
  • soccer (3)
    (Gambar: Matthew Mohan)

Sukan SEA Filipina: Singapura tewas 0-3 kepada Thailand

SINGAPURA: Perjuangan Singapura memburu tempat di peringkat separuh akhir bola sepak berakhir apabila tumpas di tangan juara bertahan, Thailand 0-3 dalam perlawanan Kumpulan 'B" petang tadi (1 Dis).

Thailand meraih gol pertama seawal minit ke-7 melalui Jaroensak Wonggorn hasil umpanan cantik Suphanat Muenta.

Suphanat kemudian menjaringkan gol kedua pasukannya pada minit ke-19.

Pada minit ke-30, jurulatih Fandi Ahmad memasukkan Ikhsan dalam perlawanan, menggantikan Naiquddin Eunos bagi memperkukuh serangan.

Namun, pasukan Singa Muda itu gagal merebut peluang jaringan yang diberikan.

Peerawat Akkratum melebarkan lagi jurang jaringan pada minit ke-38 dengan gol ketiga Thailand.

Peluang terbaik Singapura timbul pada minit ke-62 namun tendangan bebas Lionel Tan berjaya diselamatkan penjaga gawang lawan.

Keputusan kekal 0-3 hingga ke wisel penamat.

Singapura akan bertemu Vietnam dalam perlawanan Kumpulan B seterusnya, Selasa ini. 

- CNA/MM/na

Top