Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA Filipina: Singa Muda seri 0-0 dengan Laos

Pasukan bola sepak Singapura seri 0-0 menentang Laos dalam perlawanan kedua Kumpulan 'B' malam ini (26 Nov) di Stadium Memorial Rizal. Namun, hasil perlawanan tersebut tidak menggugat kedudukan Indonesia di tempat kedua.

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan SEA Filipina: Singa Muda seri 0-0 dengan Laos

(Gambar: Matthew Mohan)

Diterbitkan : 26 Nov 2019 11:31PM Dikemas Kini : 26 Nov 2019 11:33PM

MANILA: Pasukan bola sepak Singapura seri 0-0 menentang Laos dalam perlawanan kedua Kumpulan 'B' malam ini (26 Nov) di Stadium Memorial Rizal. Namun, hasil perlawanan tersebut tidak menggugat kedudukan Indonesia di tempat kedua.

Dengan keputusan tersebut, pasukan di bawah kendalian jurulatih handal negara, Fandi Ahmad dan V. Sundramoorthy masing-masing harus berpuas hati meraih satu mata dan menduduki tempat ke-3 dan ke-4 Kumpulan 'B'.

Singapura mensia-siakan beberapa peluang keemasan untuk mencatat kemenangan.

Rembatan Faris Ramli membuka peluang pada separuh pertama dan nyaris masuk ke gawang Laos.

Tendangan bebas Ikhsan pada minit ke-31 berjaya dihalang penjaga gol Xaysavath.

Satu lagi peluang dua minit kemudian disia-siakan apabila tendangan Irfan tersasar.

Keputusan 0-0 kekal hingga ke wisel penamat.

Singapura bakal berdepan Indonesia Khamis ini.

Pasukan Singa Muda tidak pernah menang pingat emas di Sukan SEA.

Kali terakhir Singapura meraih pingat di Sukan SEA adalah pada 2013, apabila ia menang gangsa di Myanmar.

Bagaimanapun ia gagal mara ke peringkat separuh akhir pada dua Sukan SEA yang lalu.

Dua pasukan terbaik dari Kumpulan 'A' dan 'B' akan mara ke peringkat separuh akhir pada 7 Disember. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan