Sukan SEA ditunda ke 2022 disebabkan pandemik COVID-19
Sukan SEA yang dijadual berlangsung di Vietnam tahun ini, ditangguhkan disebabkan pandemik dan besar kemungkinan akan diadakan pada 2022.
BANGKOK: Sukan SEA yang dijadual berlangsung di Vietnam tahun ini, ditangguhkan disebabkan pandemik dan besar kemungkinan akan diadakan pada 2022.
Demikian menurut seorang anggota majlis penganjur.
"Yang pasti, sukan SEA ke-31 tidak akan (dianjurkan) tahun ini seperti yang dijadualkan pada November," kata Dr Varin Tansuphasiri, anggota Majlis Sukan dan Timbalan Setiausaha Jawatankuasa Olimpik Thai.
"Vietnam mahu menunda Sukan SEA hingga tahun depan, 2022."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.