Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA di Manila: Duterte marah terhadap kelemahan khidmat logistik disediakan

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte melahirkan rasa marah terhadap isu-isu logistik yang disediakan negara itu sebagai tuan rumah bagi Sukan SEA tahun ini. 

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan SEA di Manila: Duterte marah terhadap kelemahan khidmat logistik disediakan

Presiden Filipina Rodrigo Duterte. (Gambar: REUTERS/Romeo Ranoco)

Diterbitkan : 27 Nov 2019 05:44PM Dikemas Kini : 28 Nov 2019 12:37AM

MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte melahirkan rasa marah terhadap isu-isu logistik yang disediakan negara itu sebagai tuan rumah bagi Sukan SEA tahun ini.

Menurut seorang jurucakap Istana pelbagai aduan diterima oleh pihak presiden mengenai kelemahan khidmat logistik yang disediakan.

Antara aduan yang mencetuskan kemarahan Presiden Duterte termasuklah kelewatan khidmat pengangkutan yang membawa para atlit ke tempat-tempat kediaman mereka.

Isu-isu lain termasuk lokasi sukan yang belum siap dibina, serta dakwaan tentang para atlit yang tidak menerima makanan secukupnya.

Presiden Duterte mahu siasatan dilakukan terhadap aduan-aduan itu, sebaik sahaja acara sukan itu selesai diadakan.

Beliau juga mahu tindakan sewajarnya dikenakan terhadap pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Upacara pembukaan Sukan SEA di Filipina berlangsung Sabtu ini. 

Sumber : Agensi berita/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan