Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA di Filipina menutup tirai malam ini; S'pura rangkul 53 pingat emas

 Sukan SEA di Filipina menutup tirainya malam ini (11 Dis), dan pasukan Singapura merangkul 53 pingat emas menerusi edisi kali ini. 

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan SEA di Filipina menutup tirai malam ini; S'pura rangkul 53 pingat emas
Diterbitkan : 11 Dec 2019 07:29PM Dikemas Kini : 11 Dec 2019 07:32PM

MANILA: Sukan SEA di Filipina menutup tirainya malam ini (11 Dis), dan pasukan Singapura merangkul 53 pingat emas menerusi edisi kali ini.

Dengan ini Singapura secara keseluruhannya sudah mengumpul lebih 900 pingat emas menerusi acara-acara Sukan SEA.

Ini juga kali ketiga berturut-turut Singapura membawa pulang lebih 50 pingat emas dalam Sukan SEA.

Berikut antara pencapaian Team Singapore:

Bagi Singapura, banyak detik bersejarah disaksikan di Sukan SEA kali ini.

Amanda Lim mempertahankan kejuaraan dalam acara renang 50 meter gaya bebas Sukan SEA buat kali keenam berturut-turut,

Quah Zheng Wen diiktiraf dengan Anugerah Pemain Paling Bernilai, dan Darren Chua membuat penampilan sulung yang mengagumkan.

Para pegawai Singapura juga memberi penghormatan kepada pasukan bola lisut lelaki Singapura kerana menang pingat emas pertamanya, pelayar Ryan Lo kerana mempertahankan kedudukannya dalam laser standard, dan Peter Gilchrist kerana terus berjaya merebut takhta sukan biliard.

Menyebut pasukan renang tempatan sebagai contoh, Ketua Prestasi Tinggi bagi Sukan dan Kehidupan Atlit di Institut Sukan Singapura, Richard Gordon berkata para atlit Singapura berwawasan kerana mereka mempersiapkan diri agar terus dapat menunjukkan prestasi buat jangka panjang.

Beliau turut memuji tadbir urus stabil dalam sukan Singapura, penubuhan pusat latihan kebangsaan dan mutu para jurulatih.

Bagaimanapun ada yang kurang menyerlah.

Pasukan bola sepak negara kalah empat dari lima perlawanan. Apa yang memburukkan lagi, hampir separuh anggota pasukan melanggar masa berkurung semasa Sukan SEA.

Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) berjanji untuk menjalankan semakan teliti.
Pasukan olahraga Singapura juga mendapat kritikan.

Konflik dalaman dikatakan punca kemerosotan prestasi mereka sejak beberapa Sukan SEA lalu.

Bagi yang kurang menyerlah, usaha lebih gigih akan bermula untuk mengatur strategi bagi Sukan SEA di Vietnam pada 2021.  

Sumber : CNA/AQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan