Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA: Atlit S'pura tidak terkesan Taufan Kammuri, perubahan jadual

Mujur bagasi pelari maraton Gordon Lim belum habis dikemas, kerana beliau kini tidak dapat berangkat di Filipina mengikut jadual selepas penerbangannya tergendala akibat Taufan Kammuri.

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan SEA: Atlit S'pura tidak terkesan Taufan Kammuri, perubahan jadual
Diterbitkan : 02 Dec 2019 11:29PM Dikemas Kini : 02 Dec 2019 11:31PM

MANILA: Mujur bagasi pelari maraton Gordon Lim belum habis dikemas, kerana beliau kini tidak dapat berangkat di Filipina mengikut jadual selepas penerbangannya tergendala akibat Taufan Kammuri.

Lim, yang sepatutnya tiba di Manila pada Selasa (3 Dis), kini dijadual mendarat pada hari Rabu. Perlumbaannya dijadualkan pada hari Jumaat.

Bagaimanapun Lim tidak terlalu terkesan oleh perubahan yang tidak diduga ini.

"Saya okay aje," katanya. "Sebenarnya, saya agak gembira mereka menangguhkannya. Saya kini mempunyai lebih masa untuk berkemas dan meluangkan masa bersama keluarga."

Dengan Taufan Kammuri dijangka membadai Pulau Luzon pada Selasa, lapangan terbang antarabangsa Manila digantung operasi dari 11.00 pagi hingga 11.00 malam pada hari Selasa.

Di bahagian lain Filipina, taufan yang dijangka melanda malam ini (2 Dis) atau awal esok menyebabkan ramai orang dipindahkan sementara.

Pihak penganjur mengumumkan pada Isnin bahawa perubahan dibuat ke atas jadual pertandingan bagi sekurang-kurangnya lapan acara sukan yang berbeza bagi acara di Subic.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada petang Isnin, jawatankuasa penganjur PHISGOC, menyatakan bahawa perubahan tersebut disebabkan "keadaan cuaca".

Salah satu sukan yang terjejas ialah sukan layar. Empat pasukan layar Singapura pada awalnya dijadualkan bertanding pada Isnin, namun perlumbaan dibatalkan sementara waktu.

Bagaimanapun, persediaan tidak "terlalu terjejas" oleh perubahan yang berlaku, kata pengurus pasukan layar Terence Koh.

"Para atlit yang terjejas sedia maklum perlumbaan mereka akan ditunda juga, tetapi persiapan tidak terlalu terjejas kerana sebagian besar persiapan sudah dilakukan sebelum datang ke Filipina," kata Koh kepada Mediacorp.

Suasana di kem atlit itu tetap baik, tambah Koh.

"Penangguhan sebenarnya sangat biasa dalam sukan layar kerana kami sentiasa tertakluk kepada perubahan cuaca," katanya.

"Ini bukan perkara baru kepada para atlit sukan layar, walaupun sebab penangguhan kali ini mungkin yang pertama kali buat kebanyakan mereka!"

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan