Images
  • soccer (3)

Sukan SEA 2019 di Filipina: Bola sepak Indonesia tumpaskan Thailand 2-0

FILIPINA: Upacara pembukaan Sukan SEA 2019 di Filipina berlangsung Sabtu ini.

Bagaimanapun perlawanan bola sepak kejohanan Asia Tenggara itu sudah bermula.

Petang tadi (26 Nov), Indonesia mencatat keputusan mengejutkan apabila mengalahkan juara bertahan Thailand dalam perlawanan pembukaan Kumpulan 'B'.

Egy Maulana Vikri meletakkan Indonesia di hadapan sekitar minit ketiga.

Keputusan 1-0 itu kekal hingga akhir babak pertama.

Pasukan Thailand yang sudah menjadi juara 16 kali berusaha sedaya upaya untuk menjaringkan gol tetapi semua percubaannya tidak membuahkan hasil.

Kemenangan dipastikan menjadi milik Indonesia apabila Ardiles Osvaldo Haay menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-86.

Pasukan Singapura pula sedang bertemu Laos dalam perlawanan kedua Kumpulan 'B'.

Dua lagi pasukan dalam Kumpulan 'B' ialah Vietnam dan Brunei.

Dua perlawanan Kumpulan 'A' berlangsung semalam (25 Nov).

Malaysia dan Myanmar seri 1-1.

Keputusan serupa juga dicatatkan dalam pertemuan antara tuan rumah Filipina dengan Kemboja.

Dua pasukan terbaik dari Kumpulan 'A' dan 'B' akan mara ke peringkat separuh akhir pada 7 Disember. 

- CNA/MU/na

Top