Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan Ragbi Piala Dunia: Jepun tewaskan Rusia

Kejohanan sulung Sukan Ragbi Piala Dunia di Asia membuka tirainya di Tokyo, Jepun, dengan pasukan tuan rumah berjaya mengatasi Rusia dalam perlawanan pembukaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan Ragbi Piala Dunia: Jepun tewaskan Rusia
Diterbitkan : 21 Sep 2019 04:33PM Dikemas Kini : 21 Sep 2019 04:37PM

TOKYO: Kejohanan sulung Sukan Ragbi Piala Dunia di Asia membuka tirainya di Tokyo, Jepun, dengan pasukan tuan rumah berjaya mengatasi Rusia dalam perlawanan pembukaan.

Pemain sayap Kotaro Matsushima mencatatkan hat-trick bagi membantu pasukan Jepun mengecapi kemenangan pertama di padang sendiri.

Bagaimanapun, Rusia berjaya meraih "try" pertama seawal minit keempat. Pemain terbaik perlawanan Matsushima kemudian membalas untuk "try" pertama Jepun, tujuh minit kemudian.

Walaupun Jepun membuat banyak kesilapan, pasukan tuan rumah berada dalam kedudukan selesa 12-7 sebelum masa rehat.

Matsushima terus cemerlang selepas itu dan membantu Jepun meraih kemenangan 30-10 ke atas Rusia.

Selain Jepun dan Rusia, Kumpulan A dianggotai Ireland, Scotland dan Samoa.

Kejohanan enam minggu itu melibatkan 48 perlawanan kesemuanya.

Sumber : Agensi berita/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan