Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan polo air: Pasukan wanita S'pura bawa pulang pingat perak

Pasukan polo air wanita Singapura menewaskan pasukan dari Filipina 13-6 untuk membawa pulang pingat perak.

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan polo air: Pasukan wanita S'pura bawa pulang pingat perak

(Gambar: SNOC)

Diterbitkan : 01 Dec 2019 06:29PM Dikemas Kini : 01 Dec 2019 06:34PM

MANILA: Pasukan polo air wanita Singapura menewaskan pasukan dari Filipina 13-6 untuk membawa pulang pingat perak.

Kedua-dua pasukan itu bersaing bagi merebut pingat perak selepas masing-masing kalah kepada Thailand.

Singapura kalah kepada Thailand 2-20 pada Jumaat, setelah pasukan Thailand menewaskan pasukan Filipina 32-5 sehari sebelumnya.

Ini adalah pingat emas Thailand untuk tiga tahun berturut-turut.

Bagi Singapura, ini juga merupakan kali ketiga berturut-turut mereka mendapat pingat perak.

Pasukan polo air wanita negara merangkul pingat emas apabila acara itu disertakan dalam sukan SEA untuk pertama kali dalam 2011.

Sumber : CNA/RR/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan