Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan Para ASEAN: Vietnam sahkan hanya 11 sukan akan dipertandingkan

Vietnam mengesahkan hanya 11 jenis sukan yang akan dipertandingkan pada temasya Sukan Para ASEAN edisi ke-11 di Hanoi pada Disember ini, walaupun terdapat permintaan untuk penambahan empat lagi sukan.

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan Para ASEAN: Vietnam sahkan hanya 11 sukan akan dipertandingkan

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 16 Apr 2021 05:31PM Dikemas Kini : 16 Apr 2021 05:33PM

KUALA LUMPUR: Vietnam mengesahkan hanya 11 jenis sukan yang akan dipertandingkan pada temasya Sukan Para ASEAN edisi ke-11 di Hanoi pada Disember ini, walaupun terdapat permintaan untuk penambahan empat lagi sukan.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Penganjur Sukan Para ASEAN Vietnam (VIEAPGOC), ia sudah memaklumkan secara rasmi kepada Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF) bahawa pemerintah Vietnam dan pihak berkuasa berkaitan tidak dapat memenuhi cadangan untuk memasukkan empat sukan tambahan itu.

“Pemerintah Vietnam dan pihak berkuasa berkaitan tidak dapat memenuhi cadangan Lembaga Gabenor (BoG) APSF atas sebab ekonomi serta kesukaran dalam menyediakan venue dan kemudahan akibat pandemik COVID-19,” menurut VIEAPGOC hari ini (16 Apr).

Cadangan untuk menambah empat lagi sukan iaitu bola keranjang kerusi roda, bola sepak cerebral palsy (bola sepak CP), berbasikal dan bola tampar duduk kepada 11 sukan sedia ada dibuat BoG semasa pertemuannya pada 25 Feb lepas melibatkan semua 10 negara anggota.

Ia dibuat berdasarkan dapatan akhir penyataan minat (EOI) mengisytiharkan bahawa empat sukan itu melepasi kriteria pemilihan dengan lebih empat negara menyokong kemasukan sukan itu.

BoG sudah mengesahkan 11 sukan akan dipertandingkan dalam acara tahun ini iaitu olahraga, badminton, renang, pingpong, catur, powerlifting, boccia, judo, goalball, tenis berkerusi roda dan memanah.

Tahun ini Vietnam akan menganjurkan Sukan Para ASEAN buat kali kedua selepas 18 tahun. Negara itu kali terakhir menjadi tuan rumah Sukan Para ASEAN pada 2003 menyaksikan. Edisi kedua itu hanya lima sukan dipertandingkan ketika itu.

Sebanyak 16 sukan dipertandingkan pada temasya Sukan Para ASEAN yang diadakan di Kuala Lumpur pada 2017 dan edisi ke-10 di Manila, yang dijadualkan pada Januari 2020 dengan 16 sukan dipertandingkan, tetapi dibatalkan akibat pandemik global COVID-19 pada awal tahun lalu.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan