Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan Para ASEAN ke-10 ditangguh lagi

Penularan wabak virus korona baru memaksa Sukan Para ASEAN ke-10 di Filipina sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh baru yang belum ditetapkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan Para ASEAN ke-10 ditangguh lagi

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 11 Feb 2020 09:55PM Dikemas Kini : 11 Feb 2020 09:59PM

KUALA LUMPUR: Penularan wabak virus korona baru memaksa Sukan Para ASEAN ke-10 di Filipina sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh baru yang belum ditetapkan.

Penangguhan itu selaras dengan saranan Suruhanjaya Filipina yang berpendapat langkah itu perlu atas faktor 'keselamatan'.

Filipina satu-satunya negara di luar China dan Hong Kong yang mencatatkan kematian akibat virus itu.

Temasya tersebut pada awalnya dijadualkan berlangsung daripada 18 hingga 24 Januari, namun ditangguhkan kepada 20 hingga 28 Mac berikutan masalah kewangan dan logistik.

Presiden Jawatankuasa Paralimpik Filipina Michael Barredo mengadakan perbincangan dengan Persekutuan Sukan Para ASEAN mengenai penangguhan itu di Thailand, minggu lalu.

Beliau dinukil sebagai berkata bahawa Filipina berharap dapat menganjurkan Sukan Para ASEAN 2020 pada Mei atau Jun.

Temasya sukan itu sepatutnya diadakan selepas Sukan Asia Tenggara yang diadakan di Filipina dari 30 Nov hingga 11 Dis.

Para atlit dijadual bersaing dalam 19 sukan di New Clark City, Subic dan Manila.

Mereka kemudian akan menerima mata kelayakan untuk bersaing dalam Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo. 

Sumber : Bernama/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan