Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan Pantai Asia di Sanya, China ditunda lagi dek COVID-19

Edisi keenam Sukan Pantai Asia di Sanya, China ditangguhkan lagi buat kali kedua kerana pandemik COVID-19, menurut Jawatankuasa Olimpik Asia (OCA) pada Rabu (30 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan Pantai Asia di Sanya, China ditunda lagi dek COVID-19
Diterbitkan : 30 Dec 2020 10:43PM Dikemas Kini : 30 Dec 2020 11:06PM

REUTERS: Edisi keenam Sukan Pantai Asia di Sanya, China ditangguhkan lagi buat kali kedua kerana pandemik COVID-19, menurut Jawatankuasa Olimpik Asia (OCA) pada Rabu (30 Dis).

Acara sukan itu sebelum ini dijadual diadakan antara 28 Nov hingga 6 Dis lalu namun ditunda ke 2 hingga 10 April 2021 selepas China menyatakan satu-satunya acara sukan antarabangsa yang dibenarkan di negara itu pada tahun ini adalah sesi kelayakan bagi Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing.

"OCA berunding dengan semua anggota Lembaga Eksekutif bagi mendapatkan kelulusan mereka berhubung langkah untuk menangguhkan temasya itu dan ia mendapat persetujuan sebulat suara," menurut badan pentadbir itu dalam satu kenyataan.

"Keputusan itu bertujuan memenuhi kepentingan bersama kesemua Jawatankuasa Olimpik Nasional berkaitan dan memastikan keselamatan dan kesihatan para atlit dan kesemua peserta berkaitan."

OCA juga menyatakan ia sedang berunding dengan pihak penganjur serta pihak berkepentingan untuk menjadualkan semula acara itu.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan