Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan Olimpik Tokyo tetap diteruskan meski wujud pandemik COVID-19

 Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menyatakan temasya sukan di Tokyo akan tetap diadakan tahun depan, meskipun wujud pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan Olimpik Tokyo tetap diteruskan meski wujud pandemik COVID-19

(Gambar fail: REUTERS/Issei Kato)

Diterbitkan : 07 Sep 2020 05:41PM Dikemas Kini : 07 Sep 2020 05:45PM

TOKYO: Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menyatakan temasya sukan di Tokyo akan tetap diadakan tahun depan, meskipun wujud pandemik COVID-19.

Sukan Olimpik Tokyo sudah ditangguhkan setahun ke Julai 2021 akibat COVID-19.

Naib Presiden IOC John Coates berkata, temasya sukan tersebut akan menjadi bukti kejayaan menewaskan COVID.

Encik Coates menambah, kerajaan Jepun belum lagi berhenti membuat persiapan untuk sukan di Tokyo itu, sejak ia ditangguhkan, awal tahun ini.

Selain itu, langkah menangguhkan sukan itu melibatkan usaha mengesahkan tapak-tapak yang diperlukan, merundingkan semula kontrak dan melanjutkan tajaaan serta hak penyiaran.

Pendirian IOC itu diumumkan selepas timbul spekulasi sama ada Olimpik Tokyo akan diteruskan tahun depan sedang kerajaan Jepun masih menutup sempadannya kepada warga asing.

Harapan vaksin untuk COVID-19 masih belum jelas.

Sumber : Agensi berita/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan