Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan Olimpik Tokyo 2020 ditangguh

 Sukan Olimpik Tokyo 2020 tidak akan berlangsung pada 24 Julai ini seperti yang dijadualkan, susulan pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan Olimpik Tokyo 2020 ditangguh

Muzium Olimpik Jepun di Tokyo, Jepun, pada 17 Feb 2020. (Gambar fail: Athit Perawongmetha/REUTERS)

Diterbitkan : 24 Mar 2020 06:24PM Dikemas Kini : 24 Mar 2020 06:27PM

SWITZERLAND: Sukan Olimpik Tokyo 2020 tidak akan berlangsung pada 24 Julai ini seperti yang dijadualkan, susulan pandemik COVID-19.

Anggota Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Dick Pound berkata jawatankuasa itu telah mengumpul semua maklum balas dan membuat keputusan untuk menangguhkan Temasya sukan tersebut.

IOC menerima tekanan kuat supaya Sukan tersebut ditunda dengan Kanada dan Australia mengesahkan tidak akan menghantar atlit ke Tokyo kecuali ia ditangguhkan.

Media Jepun menukil Perdana Menteri Shinzo Abe sebagai berkata Sukan Olimpik Tokyo mungkin ditangguhkan jika "tiada penyertaan penuh".

Kerajaan Jepun telah berbincang dengan IOC mengenai kemungkinan Sukan Olimpik Tokyo ditangguhkan selama setahun.

Jika ini berlaku, penangguhan itu adalah yang pertama dalam sejarah dan dijangka membawa kerugian besar dari segi kewangan dan logistiks.

Jepun telahpun membelanjakan lebih $12 bilion untuk menganjurkan Sukan tersebut di Tokyo.

Kejohanan dunia bagi Atletik, Renang dan yang terbaru, Bola Sepak Euro 2020 juga telah ditangguhkan. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan