Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan Olimpik 2020 akan dibatalkan jika COVID-19 gagal dikawal

 Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan dibatalkan sekiranya pandemik COVID-19 masih gagal dikawal sehingga tahun depan. Ini menurut presiden jawatankuasa penganjur pada hari ini (28 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan Olimpik 2020 akan dibatalkan jika COVID-19 gagal dikawal

Presiden Jawatankuasa Penganjur Olimpik Tokyo 2020, Yoshiro Mori. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 28 Apr 2020 04:30PM Dikemas Kini : 28 Apr 2020 04:34PM

TOKYO: Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan dibatalkan sekiranya pandemik COVID-19 masih gagal dikawal sehingga tahun depan. Ini menurut presiden jawatankuasa penganjur pada hari ini (28 Apr).

Pandemik tersebut sebelum ini memaksa temasya berkenaan ditangguhkan selama setahun, yang kini dijadualkan berlangsung pada tarikh baru iaitu pada 23 Julai 2021.

Namun, Presiden Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Tokyo 2020, Yoshiro Mori berkata, temasya sukan itu tidak akan ditangguhkan lagi ke satu tarikh baru.

Dalam wawancaranya bersama akhbar harian Nikkan Sports, Encik Mori ketika ditanya jika temasya itu boleh ditangguhkan sehingga 2022 berkata, ia adalah sesuatu yang mustahil.

"Jika keadaan memaksa, ia akan dibatalkan," katanya.

Menurut Encik Mori, Sukan Olimpik hanya pernah dibatalkan semasa zaman perang dulu dan menyifatkan usaha untuk melawan COVID-19 sebagai "peperangan menentang musuh ghaib".

"Jika virus berkenaan berjaya dikawal, kita akan dapat mengadakannya dengan tenang pada musim panas kelak. Manusia sejagat sangat-sangat menaruh harapan agar ia dapat ditewaskan," katanya lagi.

Pihak penganjur dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) bersetuju pada Mac untuk menangguhkannya selama setahun selepas menerima tekanan hebat daripada para atlit dan persekutuan sukan antarabangsa.

Para pegawai dan penganjur berkata, penangguhan Sukan Olimpik akan membuka peluang untuk dunia mempamerkan kejayaan memerangi virus yang boleh membawa maut itu.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan