Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan buka jalan satukan masyarakat: ESM Goh Chok Tong

Singapura mesti "sentiasa berani mencuba" dan mencapai impian sukannya walaupun tidak semestinya berjaya setiap kali, kata Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong pada Khamis (22 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan buka jalan satukan masyarakat: ESM Goh Chok Tong

Jamuan malam gala Dana Sukan Chiam See Tong kumpul S$160,000 untuk membantu para atlit yang memerlukan.

Diterbitkan : 22 Aug 2019 10:00PM Dikemas Kini : 22 Aug 2019 11:33PM

SINGAPURA: Singapura mesti "sentiasa berani mencuba" dan mencapai impian sukannya walaupun tidak semestinya berjaya setiap kali, kata Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong pada Khamis (22 Ogos).

Encik Goh, yang berucap di majlis jamuan malam Dana Sukan Chiam See Tong, berkata beliau yakin dengan kekuatan sukan dan apa yang mampu dilakukannya kepada "negara muda" seperti Singapura.

Beliau menggariskan beberapa contoh acara yang berjaya menyatukan negara - termasuk zaman kegemilangan Piala Malaysian pada tahun 1970-an, perenang Ang Peng Siong yang menerima sorakan padu orang ramai di Kompleks Renang Toa Payoh pada 1993 dan baru-baru ini, apabila Joseph Schooling meraih pingat emas Olimpik pertama negara di Rio pada 2016.

Menurutnya lagi, beliau percaya Singapura harus cuba melahirkan atlit yang mampu bersaing di persada antarabangsa.

Encik Goh menarik perhatian bagaimana beliau semasa perdana menteri negara, menetapkan matlamat seperti mendapat kelayakan untuk bertanding di Piala Dunia selewat-lewatnya pada 2010, memenangi pingat emas Olimpik dalam sukan layar menjelang 2008 dan meraih kelayakan bagi peringkat akhir Piala Thomas pada 2012.

Beliau juga menambah meskipun Singapura mungkin tidak mengungguli arena sukan hari ini, ia terus menghasilkan atlit-atlit yang boleh bersaing di peringkat sejagat dalam sukan seperti renang, sukan layar, tenis meja, boling dan silat.

Encik Goh berkata Menteri Negara Kanan Undang-Undang merangkap Kesihatan Edwin Tong, yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Singapura, "berani" untuk menetapkan matlamat untuk Singapura melayakkan diri ke Piala Dunia 2034.

"Tetapi itulah semangatnya... Selamat maju jaya kepada anda, Edwin," ucap Encik Goh.

KUASA BEKERJASAMA

Dalam satu kenyataan media berasingan, penganjur majlis jamuan malam itu menyatakan ia sudahpun mengumpul S$160,000 untuk membantu para atlit yang kurang berkemampuan mencapai aspirasi mereka.

Sejak dana itu dilancarkan pada Mac 2017, ia sudahpun menyokong lebih 30 atlit termasuk atlit sukan layar Olivia Chen, atlit pentatlon moden Kok Kiat Xuan dan atlit angkat berat negara Mathew dan Matthias Yap. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan