Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan Asia: Yu Mengyu terjamin dapat pingat bagi S'pura dalam acara perseorangan

Yu Mengyu memastikan pasukan tenis meja Singapura tidak akan pulang dari Sukan Asia 2018 dengan tangan kosong selepas layak ke separuh akhir bagi acara perseorangan wanita pada Jumaat (31 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan Asia: Yu Mengyu terjamin dapat pingat bagi S'pura dalam acara perseorangan

Pemain tenis meja Yu Mengyu. (Gambar: Amir Yusof)

Diterbitkan : 31 Aug 2018 11:26PM Dikemas Kini : 31 Aug 2018 11:30PM

JAKARTA: Yu Mengyu memastikan pasukan tenis meja Singapura tidak akan pulang dari Sukan Asia 2018 dengan tangan kosong selepas layak ke separuh akhir bagi acara perseorangan wanita pada Jumaat (31 Ogos).

Yu menewaskan Cheng Iching dari Taipei 4-1 (11-7, 11-6, 9-11, 11-4, 11-3) dalam perlawanan suku akhirnya. Beliau bakal menentang Wang Manyu, pemain dari China pada peringkat separuh akhir pada tengah hari Sabtu (1 September).

Sekiranya Yu menang, beliau akan bertanding untuk pingat emas pada petang Sabtu (1 September). Beliau akan dianugerahkan pingat gangsa bersama sekiranya beliau kalah dalam perlawanan separuh akhir kerana tiada pertarungan tempat ketiga.

Cheng kini berada di kedudukan ke-8 di dunia manakala Yu ke-47.

Pingat Yu adalah sesuatu yang boleh dibanggakan, di tengah-tengah prestasi pasukan tenis meja Singapura yang mengecewakan.

Para pemain wanita Singapura itu ditewaskan oleh Korea Selatan pada suku akhir acara pasukan. Yu dan rakan sepasukannya Gao Ning juga gagal ke peringkat suku akhir dalam acara tenis meja beregu apabila mereka ditewaskan oleh China 3-0.

Feng Tianwei dan Gao Ning masing-masing tersingkir di acara perseorangan wanita dan lelaki pada Jumaat (31 Ogos).

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan