Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan Asia: S'pura raih pingat perak kedua dalam pencak silat

Singapura meraih pingat perak kedua dalam acara pencak silat di Sukan Asia pada Isnin (27 Ogos) apabila Sheik Ferdous Sheik Alauddin menduduki tempat kedua di peringkat akhir acara lelaki kelas 85 hingga 90 kilogram.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Aug 2018 06:27PM Dikemas Kini : 27 Aug 2018 10:31PM

JAKARTA: Singapura meraih pingat perak kedua dalam acara pencak silat di Sukan Asia pada Isnin (27 Ogos) apabila Sheik Ferdous Sheik Alauddin menduduki tempat kedua di peringkat akhir acara lelaki kelas 85 hingga 90 kilogram.

Ferdous, abang kepada juara dunia Sheik Farhan Sheik Alauddin, bersaing dengan pesilat Indonesia, Aji Bangkit Pamungkas, namun ditewaskan 5-0.

Sebelum ini, Ferdous berjaya menewaskan pesilat Malaysia, Robial Sabri, untuk menang 5-0 di peringkat separuh akhir pada Ahad (26 Ogos).

Ini merupakan kali pertama silat dipertandingkan dalam Sukan Asia dan Singapura sudahpun berjaya meraih lima pingat - dua pingat perak dan tiga pingat gangsa, dalam acara pencak silat sejauh ini di Jakarta.

Awal hari ini (27 Ogos), Nurzuhairah Yazid menduduki tempat kedua di peringkat akhir Tunggal Seni Wanita (Perseorangan).

Pesilat berusia 20 tahun itu memperolehi 445 mata. Puspa Arumsari dari Indonesia memenangi pingat emas setelah memperolehi 467 mata, sementara Cherry May Regalado dari Filipina memperolehi pingat gangsa setelah mengutip 444 mata.

Setakat ini, Singapura sudahpun berhasil memperolehi tiga pingat gangsa - melalui Nurul Shafiqah Mohd Saiful, Siti Khadijah Mohd Shahrem dan Sheik Farhan Sheik Alauddin yang masing-masing merangkul pingat gangsa dalam Kelas B Wanita (50-55kg), Kelas C Wanita (55-60kg) dan Kelas J Lelaki (90-95kg). 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan