Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan Asia: Kemarau pingat polo air terus hantui pasukan lelaki S'pura

Pasukan polo air lelaki Singapura terlepas peluang untuk meraih pingat selepas tewas 6-28 di tangan Jepun di peringkat suku akhir Sukan Asia pada petang Khamis (30 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan Asia: Kemarau pingat polo air terus hantui pasukan lelaki S'pura

Pasukan polo air lelaki Singapura. (Gambar: Sport Singapore)

Diterbitkan : 30 Aug 2018 10:20PM Dikemas Kini : 30 Aug 2018 10:26PM

JAKARTA: Pasukan polo air lelaki Singapura terlepas peluang untuk meraih pingat selepas tewas 6-28 di tangan Jepun di peringkat suku akhir Sukan Asia pada petang Khamis (30 Ogos).

Kekalahan ini memanjangkan lagi kemarau pingat Singapura dalam sukan ini. Kali terakhir Singapura meraih pingat dalam sukan polo air adalah pada 1986 dengan pasukan negara mendapat pingat gangsa.

Singapura gagal menyaingi kehebatan para pemain Jepun, dengan benteng pertahanan pasukan negara diasak bertubi-tubi oleh pasukan lawan.

Dengan kekalahan tersebut, ini bermakna Singapura tewas dalam keempat-empat perlawanan yang ditandingi di Sukan Asia 2018.

Singapura akan berdepan dengan Arab Saudi pada pagi Jumaat ini bagi merebut antara tempat kelima dengan kelapan dalam kejohanan kali ini.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan